Wednesday, March 12, 2014

Terung Goreng Belacan




Gambar Hiasan

Bahan-Bahan 
  • 4 batang terung yang di buang kulit sedikit, belah dua dan potong serong
  • sedikit belacan Melaka
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cwn ikan bilis -rendam,cuci dan toskan
  • 5 cili merah 
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Kisar belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili merah.
  2. Tumis bahan yg di kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau,
  3. Masukkan terung dan masukkan sedikit air. Tumis sampai sebati.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Dan gaul sebati serta tutup kuali sekejap dengan menggunakan tutup periuk.
  5. Buka tudung periuk, gaul lagi. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih hangat bersama lauk kegemaran anda semua.