Wednesday, October 5, 2011

Nasi Goreng Belacan


Hiasan 1

Hiasan 2

Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahannya ( Untuk 2 org )

  • Semangkuk nasi putih
  • 1/2 Biji bawang besar dihiris halus-halus
  • 3 Biji bawang putih yang telah diketuk/tumbuk
  • Isi ayam -dihiris nipis
  • 1 Sudu cili boh
  • Sos ikan (Pilihan/Optional)
  • 1 Inci belacan- dihancurkan
  • 1 Sudu kicap manis
  • 3 - 4 Batang kangkung-yang kerat.
  • Minyak,gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau

2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan juga ayam,belacan,kicap manis dan sos ikan

3. Setelah ayam masak, masukkan nasi diikuti kangkung.Gaul rata.

4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

5. Hidangkan panas-panas.







Wednesday, September 7, 2011

Sambal Belacan

Terdapat pelbagai resipi untuk membuat sambal belacan. Disini saya boleh kongsikan salah satu cara untuk menbuat sambal belacan seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk sambal belacan (4 Orang Makan)

  • Satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bawang merah
  • Setengah genggam ikan bilis - yang telah dikupas/dibuang kepala dan isi perutnya.
  • 1-2 inci/ 1 sudu besar belacan( Belacan kepal Melaka)
  • Garam secubit
  • Gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - 1 - 2 biji bergantung pada citarasa sendiri.


Cara-cara

  1. Potong bawang. Cili padi dibelah dua (tips - supaya tidak meletup semasa mengorengnya)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang,cili padi, ikan bilis dan belacan.. goreng lebih kurang dalam 5 minit atau hingga layu. Bau belacan goreng memang sedappp.... J
  3. Angkat dan masukkan dalam lesung. Tambahkan garam dan gula dan limau kasturi yang dah dipotong-potong. Tumbuk limau ngan kulit-kulitnya sekali. Atau Jika tidak berminat, boleh ambil jus nya sahaja.
  4. Selepas itu sambal belacan siap untuk dimakan. Boleh dihidang sebagia pencicah dengan ulam-ulam dan sayur-sayuran/ ikan masin...SEDAPPP!!
  5. Selamat mencubanya !
  6. Sekian.











Friday, August 19, 2011

Belacan Kepal Lembab


Belacan Kepal Lembab (Belacan Melaka)

Kepada semua pelanggan

Saya ada menjual belacan Kepal dari Melaka.

Penghantaran boleh dilakukan untuk semenanjung Malaysia

Menggunakan Pos Laju.

Contoh untuk 1kg

1 kg. RM8.50

Kos Poslaju + Packaging RM10.00

Jumlah: RM18.50

Sesiapa berminat sila hubungi saya.

Nas 017-2503502




Monday, August 15, 2011

Pengenalan Belacan



Belacan adalah sejenis perisa tradisional yang dicampur didalam masakkan atau sambal belacan.Belacan dibuat dari sejenis udang yang dipanggil udang “SIRIN” atau "GERAGAU",saiz udang ini amat kecil.Udang ini dicampur dengan beberapa resipi tradisional tanpa menggunakan bahan kimia atau pewarna yang boleh membahayakan kesihatan.