Wednesday, September 7, 2011

Sambal Belacan

Terdapat pelbagai resipi untuk membuat sambal belacan. Disini saya boleh kongsikan salah satu cara untuk menbuat sambal belacan seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk sambal belacan (4 Orang Makan)

  • Satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bawang merah
  • Setengah genggam ikan bilis - yang telah dikupas/dibuang kepala dan isi perutnya.
  • 1-2 inci/ 1 sudu besar belacan( Belacan kepal Melaka)
  • Garam secubit
  • Gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - 1 - 2 biji bergantung pada citarasa sendiri.


Cara-cara

  1. Potong bawang. Cili padi dibelah dua (tips - supaya tidak meletup semasa mengorengnya)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang,cili padi, ikan bilis dan belacan.. goreng lebih kurang dalam 5 minit atau hingga layu. Bau belacan goreng memang sedappp.... J
  3. Angkat dan masukkan dalam lesung. Tambahkan garam dan gula dan limau kasturi yang dah dipotong-potong. Tumbuk limau ngan kulit-kulitnya sekali. Atau Jika tidak berminat, boleh ambil jus nya sahaja.
  4. Selepas itu sambal belacan siap untuk dimakan. Boleh dihidang sebagia pencicah dengan ulam-ulam dan sayur-sayuran/ ikan masin...SEDAPPP!!
  5. Selamat mencubanya !
  6. Sekian.











No comments:

Post a Comment