Wednesday, July 18, 2012

Sambal Belacan Buah Bacang



 Gambar Hiasan 1
 Gambar Hiasan 2

Sambal Belacan Buah Bacang 

Hidangan untuk 10 orang. (35minit)

Bahan-Bahannya

10 tangkai cili merah dibuang biji
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah yang telah dikupas
1 sudu teh belacan yang telah dibakar
1 biji buah bacang separuh masak dicincang
Garam dan gula sekucup rasa

Cara-caranya
  • Tumbuk semua bahan kecuali buah bacang sehingga lumat
  • Masukan buah bacang dan gaul dengan sambal
  • Gaulkan sehingga rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Sekian selamat mencuba :) 



Kredit 
Gambar Hiasan 1 - http://ovenkecil.blogspot.com
Gambar Hiasan 2 - http://daridapurcomelku.blogspot.com

Friday, March 23, 2012

Kangkung Tumis Belacan


Gambar Hiasan 1

Gambar Hiasan 2

Kangkung Tumis Belacan

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
  • 1 ikat kangkung segar.
  • 1 tangkai cili merah (Jika mahu pedas lagi,bubuh lah cili padi ikut citarasa).
  • 2 Ulas bawang merah.
  • 1 Ulas bawang putih.
  • Segenggam ikan bilis/udang kering
  • 1 sudu makan belacan Melaka atau lebih.
  • Garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan. Bahan-bahan ini perlu ditumbuk hingga hampir lumat (cili merah/cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering, belacan).
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bahan-bahan yangg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau sekejap dan kemudian masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak (jangan terlampau masak, tak sedap pulak) Bagi yang suka berkuah, boleh bubur sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api.
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas…!
  6. Selamat mencuba. sekian, terima kasih. :)