Gambar Hiasan 2
Kangkung Tumis Belacan
Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
- 1 ikat kangkung segar.
- 1 tangkai cili merah (Jika mahu pedas lagi,bubuh lah cili padi ikut citarasa).
- 2 Ulas bawang merah.
- 1 Ulas bawang putih.
- Segenggam ikan bilis/udang kering
- 1 sudu makan belacan Melaka atau lebih.
- Garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa.
- Minyak masak secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya
- Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan. Bahan-bahan ini perlu ditumbuk hingga hampir lumat (cili merah/cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering, belacan).
- Bila minyak sudah panas,tumis bahan-bahan yangg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
- Masukkan garam dan perasa. Kacau sekejap dan kemudian masukkan kangkung.
- Gaul rata dan kacau sehingga masak (jangan terlampau masak, tak sedap pulak) Bagi yang suka berkuah, boleh bubur sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api.
- Hidangkan segera dengan nasi panas…!
- Selamat mencuba. sekian, terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment