Friday, March 23, 2012

Kangkung Tumis Belacan


Gambar Hiasan 1

Gambar Hiasan 2

Kangkung Tumis Belacan

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
  • 1 ikat kangkung segar.
  • 1 tangkai cili merah (Jika mahu pedas lagi,bubuh lah cili padi ikut citarasa).
  • 2 Ulas bawang merah.
  • 1 Ulas bawang putih.
  • Segenggam ikan bilis/udang kering
  • 1 sudu makan belacan Melaka atau lebih.
  • Garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan. Bahan-bahan ini perlu ditumbuk hingga hampir lumat (cili merah/cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering, belacan).
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bahan-bahan yangg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau sekejap dan kemudian masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak (jangan terlampau masak, tak sedap pulak) Bagi yang suka berkuah, boleh bubur sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api.
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas…!
  6. Selamat mencuba. sekian, terima kasih. :)